Tuesday, 17 September 2013

Diet untuk kurus: Mengurangkan kadar kalori makanan

Sumber gambar dari katalog cara makan sihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ada beberapa tips dari Kementerian Kesihatan Malaysia :

1) Keperluan 1500 kalori sehari adalah bagi kanak-kanak, wanita yang sangat tidak aktif dan warga  emas.
2) Keperluan 1800 kalori sehari adalah bagi kebanyakan pekerja pejabat.
3) Keperluan 2000 Kalori sehari adalah bagi remaja, wanita yang sederhana aktif dan lelaki yang tidak aktif.
4) Keperluan 2500 Kalori adalah bagi remaja lelaki, lelaki dan wanita yang aktif serta lelaki dan wanita yang kurang berat badan.

Bercakap mengenai nilai kalori di atas, ada formula bagaimana pengiraan kalori badan yang kita boleh ambil . Untuk pengetahuan pembaca, contoh satu sajian (setiap kali makan yang disarankan) Nasi, Mee, Roti, Bijirin, Produk Bijirin dan Ubi-ubian ialah:

(Kali ini kita kena fikir yang nilai kalori senarai dibawah adalah hampir sama)

1) Nasi: 2 Senduk nasi atau bersamaan 1 cawan nasi =174 Kalori
2) Roti: 2 Keping roti putih = 156 Kalori (60gm)
3) Capati: 1 Keping = 180 Kalori (60gm)
4) Kentang: 2 Biji = Nilai kentang kurang pasti, yang ada nilai kentang yang telah dimasak
5) Bijiran Sarapan : 1 Cawan = 160 Kalori (Nilai Conflakes kosong)
6) Mee: 1 Cawan = Mee sahaja kurang pasti, yang ada nilai mee yang telah dimasak. 
7) Bubur Nasi: 2 Cawan
8) Biskut Krim Kraker: 6 Keping sahaja, jangan lebih!